Thursday 18 July 2013

Luahan Hati Seorang Isteri !

Assalamualaikum !


Hello Guys. Dah 2,3 hari tak jenguk blog ni. Wifi buat hal , sabar jelah hehe. Online2 je terbaca puisi nukilan Noor Dayana, Isteri Ashraf Muslim. Banyak juga yang da update tentang isu ni. tapi tak kira lah! nak update juga. Rasa sedih sorang-sorang bila baca puisi ni. Every woman in this world feels you :')



Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


Sedih paling sedih baca luahan ikhlas Noor Dayana ni. Harap dia dapat tempuhi semua ni dengan tabah :)

2 comments:

  1. mmg sedih baca. pape pon, setiap yg berlaku papsti ade hikmahnya. pasti ade sebabnya. semoga mereka tabah menghadapi :)

    ReplyDelete
  2. Sedihnya. Hati dan perasaan perempuan.. Bukan untuk dipermainkan. Hope dia tabah hadapi semua ni :)

    ReplyDelete